RUANG PENDIDIKAN KESIHATAN - SKIZOFRENIA (Schizophrenia)
Schizophrenia (Skizofrenia) ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan,nyanyuk dan
multiple sclerosis.Ia biasanya bermula di kalangan
orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia,ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.
Tanda dan gejala
penyakit SKIZOFRENIA
•Gangguan
Pemikiran
•Delusi:Satu kepercayaan
yang kuat tetapi palsu yang
tidak dapat digugat
oleh pendapat
yang waras. Contohnya
percaya
bahawa
orang lain berpakat
untuk berbuat
jahat kepadanya,percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin ,hantu ,percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
•Sukar untuk menumpukan,membentuk dan mengekalkan arus pemikiran.Pertuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan.
•Gangguan
persepsi
•Halusinasi: persepsi
deria tanpa rangsangan
luar. Contoh: Mendengar
suara-suara
ghaib bercakap
kepadanya
atau bercakap
sesama sendiri
atau membuat
ulasan terhadap
apa yang
dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain
•Gangguan
tingkahlaku
•Perangai
yang pelik dan sering berubah-ubah.
•Kurang berupaya
untuk melakukan
aktiviti
harian dengan baik. Tidak mahu berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)
Rawatan
1.Rawatan
ubat-ubatan
psikotropik
merupakan
rawatan
utama pada masa sekarang.
2.Ubat-ubat
ini membantu
mengawal
tanda-tanda
penyakit
schizophrenia
3.Ubat-ubat
ini mestilah
diambil
seperti
diarahkan
oleh doktor
4.Ubat-ubat
ini hendaklah
terus diambil
walaupun
keadaan
penyakit
telah pulih.
5.Rawatan
ubat-ubatan
ini perlu diambil
untuk jangkamasa
yang lama kerana kemungkinan
penyakit
schizophrenia untuk berulang kembali adalah tinggi terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit.
6.Terapi Keluarga. Membantu
ahli-ahli
keluarga
menangani
stress semasa hidup bersama
pesakit
schizophrenia.
7.Janganlah
teragak-agak untuk berbincang dengan doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda ambil.
8.Kaunseling
individu
akan membantu
anda memahami
akan hal penyakit
anda untuk membolehkan
anda lebih bersedia
untuk menangani
penyakit
anda. Ia juga membantu
anda meningkat
keyakinan
dan jati diri.
9.Terapi Berkelompok. Ini melibatkan
satu kumpulan
orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit schizophrenia duduk bersama-sama membincangkan pengalaman,masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
10.Pendidikan
Kesihatan. Sesi belajar
mengenai
penyakit,
rawatannya,cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan upaya ianya tidak berulang kembali.
Comments
Post a Comment