Posts

KENALI MENTARI @ USM

MENTARI@USM adalah sebuah Pusat Sehenti Psikiatri yang ditubuhkan pada bulan Januari 2016. Unit ini menyediakan penjagaan dan rawatan berkaitan kesihatan mental merangkumi perkhidmatan saringan, diagnosa, rawatan dan pemulihan kepada sesiapa yang mengalami sebarang jenis penyakit mental. Ia mendekatkan perkhidmatan psikiatri kepada masyarakat.  Objektif Penubuhan Mentari @USM : - Mempromosikan kesihatan mental, menyediakan penyaringan penyakit mental dan memberi   rawatan awal. -Untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap pesakit dan keluarga pesakit. -Menyediakan perkhidmatan saringan tanpa temujanji untuk mereka yang mempunyai gangguan emosi dan perasaan. -Untuk menyediakan kesinambungan rawatan   dalam komuniti oleh ahli komuniti psikiatri.   -Menyediakan intervensi psikososial termasuk kaunseling, psikoterapi, dan pendidikan pesakit. -Menyediakan perkhidmatan pemulihan   psikososial bagi pesa...